Video Menyukat Isipadu Cecair

 
Pada hari ini kita amat bertuah kerana dapat menggunakan unit standard untuk menyukat isipadu cecair. Oleh itu murid-murid tidak akan keliru lagi dalam menentukan isipadu cecair . Murid-murid pernah melihat ukuran standard di dalam kehidupan seharian mereka tetapi mungkin mereka tidak perasan akan perkara tersebut contohnya botol susu mempunyai unit standard.

Terdapat dua sukatan yang boleh digunakan dalam menyukat isipadu cecair di sekolah rendah iaitu mililiter (ml) dan liter (l). Dengan adanya unit ini, masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz dapat ditangani. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar, silinder penyukat dan sebagainya.



Hasil pencarian saya di internet melalui youtube, saya telah menemui satu video yang sesuai saya gunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran menyukat isipadu cecair. Video yang saya maksudkan  ialah  “Measuring Volume by Peter Weatherall”. Rasional pemilihan video ini adalah kerana ia dapat menarik minat murid untuk belajar menyukat isipadu cecair. Disamping mempunyai muzik yang menghiburkan ia juga menerangkan kepada murid cara-cara untuk menyukat isipadu cecair dengan betul. Murid akan mudah faham dan senang untuk melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru.

 Video dibawah menunjukkan watak kartun pili air dan watak kacang hijau bekerjasama mengisi air kedalam silinder bersenggat lalu mengira isipadu cecair sehingga mencapai isian sebanyak 600mililiter.




Video ini memperihalkan air yang perlu diisi ke dalam silinder penyukat ialah sebanyak 600 mililiter. Kartun pili air meminta kerjasama kacang hijau untuk memberitahu berapa bacaan air yang diisi kedalam silinder penyukat. Pada peringkat permulaan air diisi sebanyak 250 ml kemudian ditambah air sebanyak 300ml menjadi 550ml. Kartun pili air memberitahu perlu ditambah sebanyak 50ml lagi supaya menjadi 600ml. Guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang penambahan air di dalam silinder penyukat semasa tayangan video. Murid dapat memberi jawapan dan ini membuatkan mereka merasa lebih yakin untuk menyukat isipadu cecair. Guru juga boleh menyuruh murid-murid menulis dalam bentuk ayat matematik dan menyebutnya. Contoh : 250ml + 300ml  + 50ml = 600ml.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan