Pengenalan : Menyukat Isipadu Cecair


Pengukuran merupakan salah satu topik dalam matematik KBSR yang paling banyak kita gunakan. Salah satu alasannya ialah kerana ia mempunyai banyak aplikasi praktikal dalam situasi kehidupan sebenar. Pengukuran menyediakan satu cara yang bagus untuk menyampaikan pengalaman-pengalaman penyelesaian masalah pada setiap tahap matematik KBSR. Satu daripada  langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang kita sukat.Mungkin bunyinya mudah tetapi ia mungkin  menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak.

Bagi sesetengah kanak –kanak mempunyai tanggapan yang salah terhadap kapasiti apabila  mempelajari  tajuk isipadu cecair. Mereka mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas. Ini adalah kerana ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang  dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Apabila perbandingan  persepsi dibuat diantara  dua bekas, kanak-kanak biasanya  membuat  perbandingan mengenai panjang atau lebih tepat tingginya berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang yang pendek, kebanyakan kanak-kanak  akan memilih  bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi.

Oleh yang demikian, seseorang  guru harus lebih berhati-hati dan serba tahu tentang isu persoalan salah faham tanggapan oleh sebahagian murid-murid tentang kapasiti (Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat 2010: 169). Cara terbaik yang boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran tentang isipadu cecair ialah dengan memulakan mengkaji kapasiti dengan menggunakan perbandingan langsung.  Disini saya sertakan satu video mengenai sukatan isipadu cecair yang saya perolehi dari internet untuk memperkukuhkan lagi tentang anggapan kapasiti oleh kanak-kanak.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan