Guru perlu bijak dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarannya kerana aktiviti yang menarik dapat memberi kesan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu saya telah memilih video “Measuring Volume by Peter Weatherall” kerana pada pendapat saya ia dapat memberitahu pelajar cara menyukat isipadu cecair yang betul dan mudah difahami oleh pelajar. Video ini sangat sesuai dengan pelajar tahun 2 kerana ia mempunyai muzik dan menarik. Selain daripada itu saya juga menerapkan nilai bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dikalangan pelajar semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
Aktiviti yang dilakukan adalah berlainan kerana mengikut aras pelajar iaitu pelajar yang lemah saya lakukan aktiviti menyukat isipadu cecair sahaja. Pelajar pandai pula melakukan aktiviti menyukat isipadu cecair dan membandingkan isipadu cecair yang banyak dan sedikit. Selain daripada itu lembaran kerja diberikan kepada pelajar. Lembaran kerja yang diberikan kepada pelajar dapat menguji sejauh mana pemahaman pelajar tentang tajuk yang diajar. Penilaian dapat dilakukan oleh guru dan menentukan pencapaian objektif pengajaran yang dilakukan pada hari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan