- Murugiah s/o Velayutham, Koa Thuan Keat. (2010).HBMT2103 Teaching Mathematics In Year Two. (6th ed).Selangor darul Ehsan : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
- http://www.youtube.com/watch?v=Wl6VDFaNn10&feature=related
- http://www.youtube.com/watch?v=qYtNhNP69lk&feature=related
Menyukat Isipadu Cecair
Rujukan
Kesimpulan
Guru perlu bijak dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajarannya kerana aktiviti yang menarik dapat memberi kesan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu saya telah memilih video “Measuring Volume by Peter Weatherall” kerana pada pendapat saya ia dapat memberitahu pelajar cara menyukat isipadu cecair yang betul dan mudah difahami oleh pelajar. Video ini sangat sesuai dengan pelajar tahun 2 kerana ia mempunyai muzik dan menarik. Selain daripada itu saya juga menerapkan nilai bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dikalangan pelajar semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
Aktiviti yang dilakukan adalah berlainan kerana mengikut aras pelajar iaitu pelajar yang lemah saya lakukan aktiviti menyukat isipadu cecair sahaja. Pelajar pandai pula melakukan aktiviti menyukat isipadu cecair dan membandingkan isipadu cecair yang banyak dan sedikit. Selain daripada itu lembaran kerja diberikan kepada pelajar. Lembaran kerja yang diberikan kepada pelajar dapat menguji sejauh mana pemahaman pelajar tentang tajuk yang diajar. Penilaian dapat dilakukan oleh guru dan menentukan pencapaian objektif pengajaran yang dilakukan pada hari itu.
Bahan Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran Pelajar Pandai
Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah :
Aktiviti Pengajaran Pelajar Pandai
Hasil Pembelajaran : Membandingkan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai.
Bahan-bahan : Silinder penyukat, gelas, cawan, botol mineral, teko dan air berwarna.
Langkah-langkah :
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan mempunyai lima orang ahli.Murid diminta bekerja secara koperatif.
2. Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3. Berikan bahan-bahan yang disediakan di hadapan kelas kepada setiap kumpulan.
4. Minta murid mengisi air berwarna ke dalam gelas dan cawan dan kemudian menuangkan air berwarna itu ke dalam silinder penyukat secara berasingan dan rekodkan bacaan air..
5. Ulang dengan bekas botol mineral dan teko.
6. Minta murid rekod bacaan air berwarna di dalam jadual dibawah :
7. Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah:
a) Air di dalam bekas______ adalah lebih daripada air didalam bekas ______.Oleh itu ____liter adalah lebih daripada ______liter.
b) Air di dalam bekas _____adalah kurang daripada air di dalam bekas __________.
Oleh itu ____liter adalah kurang daripada ____liter.
c) Air di dalam bekas______ adalah lebih daripada air didalam bekas ______.
Oleh itu ____liter adalah lebih daripada ______liter.
d) Air di dalam bekas _____adalah kurang daripada air di dalam bekas __________.
Oleh itu ____liter adalah kurang daripada ____liter.
8. Perbentangan kumpulan.
Lembaran kerja
Bahan Bantu Mengajar Dan Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah
Bahan bantu mengajar yang digunakan ialah :
Aktiviti Pengajaran Pelajar Lemah
Hasil Pembelajaran : Membandingkan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai.
Bahan-bahan : Silinder penyukat, gelas, cawan, botol mineral, teko dan air berwarna.
Langkah-langkah :
Lembaran kerja
Hasil Pembelajaran : Membandingkan isipadu cecair menggunakan pengukuran piawai.
Bahan-bahan : Silinder penyukat, gelas, cawan, botol mineral, teko dan air berwarna.
Langkah-langkah :
1. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan mempunyai lima orang ahli.Murid diminta bekerja secara koperatif.
2. Lantik seorang murid sebagai perekod di dalam setiap kumpulan.
3. Berikan bahan-bahan yang disediakan di hadapan kelas kepada setiap kumpulan.
4. Minta murid mengisi air berwarna ke dalam gelas dan kemudian menuangkan air berwarna itu ke dalam silinder penyukat.
5. Ulang dengan bekas-bekas yang lain.
6. Minta murid rekod bacaan air berwarna di dalam jadual dibawah :
7. Minta murid menulis penemuan mereka di dalam pernyataan di bawah:
Air di dalam gelas ialah __________liter.
Air di dalam cawan ialah __________liter.
Air di dalam botol mineral ialah __________liter.
Air di dalam teko ialah _________liter.
8. Minta murid membincangkan dan membuat perbandingan bekas mana yang mempunyai kapasiti paling kecil dan paling besar.
9. Perbentangan kumpulan.
Lembaran kerja
Video Menyukat Isipadu Cecair
Pada hari ini kita amat bertuah kerana dapat menggunakan unit standard untuk menyukat isipadu cecair. Oleh itu murid-murid tidak akan keliru lagi dalam menentukan isipadu cecair . Murid-murid pernah melihat ukuran standard di dalam kehidupan seharian mereka tetapi mungkin mereka tidak perasan akan perkara tersebut contohnya botol susu mempunyai unit standard.
Terdapat dua sukatan yang boleh digunakan dalam menyukat isipadu cecair di sekolah rendah iaitu mililiter (ml) dan liter (l). Dengan adanya unit ini, masalah konsep pelajar terhadap perbezaan isipadu dalam dua atau lebih bekas yang berbeza saiz dapat ditangani. Antara alat yang kita boleh gunakan ialah seperti bikar, silinder penyukat dan sebagainya.
Hasil pencarian saya di internet melalui youtube, saya telah menemui satu video yang sesuai saya gunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran menyukat isipadu cecair. Video yang saya maksudkan ialah “Measuring Volume by Peter Weatherall”. Rasional pemilihan video ini adalah kerana ia dapat menarik minat murid untuk belajar menyukat isipadu cecair. Disamping mempunyai muzik yang menghiburkan ia juga menerangkan kepada murid cara-cara untuk menyukat isipadu cecair dengan betul. Murid akan mudah faham dan senang untuk melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru.
Video dibawah menunjukkan watak kartun pili air dan watak kacang hijau bekerjasama mengisi air kedalam silinder bersenggat lalu mengira isipadu cecair sehingga mencapai isian sebanyak 600mililiter.
Video ini memperihalkan air yang perlu diisi ke dalam silinder penyukat ialah sebanyak 600 mililiter. Kartun pili air meminta kerjasama kacang hijau untuk memberitahu berapa bacaan air yang diisi kedalam silinder penyukat. Pada peringkat permulaan air diisi sebanyak 250 ml kemudian ditambah air sebanyak 300ml menjadi 550ml. Kartun pili air memberitahu perlu ditambah sebanyak 50ml lagi supaya menjadi 600ml. Guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang penambahan air di dalam silinder penyukat semasa tayangan video. Murid dapat memberi jawapan dan ini membuatkan mereka merasa lebih yakin untuk menyukat isipadu cecair. Guru juga boleh menyuruh murid-murid menulis dalam bentuk ayat matematik dan menyebutnya. Contoh : 250ml + 300ml + 50ml = 600ml.
Pengenalan : Menyukat Isipadu Cecair
Pengukuran merupakan salah satu topik dalam matematik KBSR yang paling banyak kita gunakan. Salah satu alasannya ialah kerana ia mempunyai banyak aplikasi praktikal dalam situasi kehidupan sebenar. Pengukuran menyediakan satu cara yang bagus untuk menyampaikan pengalaman-pengalaman penyelesaian masalah pada setiap tahap matematik KBSR. Satu daripada langkah pertama dalam pengukuran isipadu cecair ialah mengetahui apa yang kita sukat.Mungkin bunyinya mudah tetapi ia mungkin menjadi punca kesukaran bagi kanak-kanak.
Bagi sesetengah kanak –kanak mempunyai tanggapan yang salah terhadap kapasiti apabila mempelajari tajuk isipadu cecair. Mereka mengganggap kapasiti sebagai satu sifat bagi bekas. Ini adalah kerana ramai kanak-kanak datang ke sekolah dengan beberapa konsep panjang dan beberapa kosa kata yang berkaitan dengannya. Mereka mempunyai idea yang sangat sedikit mengenai kapasiti. Apabila perbandingan persepsi dibuat diantara dua bekas, kanak-kanak biasanya membuat perbandingan mengenai panjang atau lebih tepat tingginya berbanding kapasiti. Apabila ditanya tentang bekas mana yang mempunyai lebih isi, sama ada bekas yang lebih tinggi ataupun bekas yang yang pendek, kebanyakan kanak-kanak akan memilih bekas yang lebih tinggi walaupun sebenarnya bekas yang pendek itu yang mempunyai lebih isi.
Oleh yang demikian, seseorang guru harus lebih berhati-hati dan serba tahu tentang isu persoalan salah faham tanggapan oleh sebahagian murid-murid tentang kapasiti (Murugiah s/o Velayutham & Kao Thuan Keat 2010: 169). Cara terbaik yang boleh dilaksanakan semasa pengajaran dan pembelajaran tentang isipadu cecair ialah dengan memulakan mengkaji kapasiti dengan menggunakan perbandingan langsung. Disini saya sertakan satu video mengenai sukatan isipadu cecair yang saya perolehi dari internet untuk memperkukuhkan lagi tentang anggapan kapasiti oleh kanak-kanak.
Langgan:
Catatan (Atom)